web stats

Maklumat Kokurikulum


PANDUAN PERLAKSANAAN TUGAS
GERAKERJA KO KURIKULUM 2014
SEK. KEB. KAJANG UTAMA KAJANG


1.KONSEP

Ko kurikulum adalah pelengkap bertujuan untuk pengekuhan dan pengayaan pembelajaran serta dapat menyemai sifat-sifat kepimpinan, bekerjasama, sedia berkhidmat, serta menyediakan pengalaman bagi perkembangan mental, fizikal, minat dan bakat, sosial serta perkembangan rohani murid.Juga dapat membantu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menarik dan mengembirakan murid.
Oleh itu perlulah ada perancangan yang teliti dan dijalankan dengan sebaik-baiknya bagi mencapai matlamatnya melalui pendekatan berikut:-

n  Penyertaan aktif semua murid.
n  Kearah kecemerlangan.
n  Aktiviti sepanjang tahun.
n  Murid berbuat, guru membimbing.
n  Perkhemahan untuk semua.

1.1. Penyertaan aktif semua murid.
n  Setiap murid hendaklah melibatkan diri secara aktif  satu aktiviti sukan /permainan, satu              
              aktiviti unit berunifom dan satu aktiviti kelab/persatuan.

1.2. Kearah kecemerlangan.
n  Setiap murid yang mempunyai bakat dan potensi dikumpulkandan diberi latihan lebih                
              khusus untuk membentuk pasukan elit sekolah.

1.3. Aktiviti sepanjang tahun.
n  Aktiviti perlulah dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun serta mempunyai
      kesinambungan antara satu sama lain.

1.4. Murid berbuat, guru membimbing.
n  Guru hanya bertindak sebagai penunjukcara untuk membolehkan murid menguasai kemahiran dan teknik yang betul.

1.5. Perkhemahan untuk semua.
n  Setiap murid diwajibkan mengikuti aktiviti perkhemahan sekurang-kurangnya sekali ketika disekolah untuk membolehkannya menyertai aktiviti berkumpulan yang membina daya tahan, daya juang dan daya saing.



2.     MATLAMAT

Perlaksanaan ko kurikulum di sekolah bertujuan untuk mengembangkan potensi dan minat   
individu kearah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis sejajar dengan Falsafah 
Pendidikan Negara.
3.     OBJEKTIF

3.1. Untuk menseimbangkan di antara emosi, jasmani, intelek dan rohani murid.
3.2. Membantu mengembangkan potensi dan minat murid ke tahap optima.
3.3. membimbing murid mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
3.4. Menggalakkan murid berinteraksi untuk mengujudkan keharmonian.
3.5. Menjadikan aktiviti ko kurikulum sebagai pelengkap kurikulum.
3.6. Mewujudkan hubungan dua hala antara  masyarakat dengan sekolah.
3.7. Melahirkan murid yang berbuat sendiri dan memajukan diri sepanjang hayat.


4.     PERSEDIAN/PERLAKSANAAN

4.1 Bidang Tugas

4.1.1. Guru Besar.
   
n  Menjalankan tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa ko kurikulum.
n  Mempastikan segala perancangan berjalan dengan teratur.
n  Membimbing dan memberi galakan bagi meningkatkan kemahiran guru melaksanakan aktiviti ko kurikulum.
n  Bertindak sebagai perantara antara sekolah dengan masyarakat.
n  Memastikan matlamat ko kurikulum sekolah tercapai.

    

4.1.2. Guru Kanan Ko kurikulum.

n  Menyelaras dan menyelia semua aktiviti ko kurikulum.
n  Merancang takwim aktiviti sukan/permainan ,unit berunifom  dan persatuan/ kelab.
n  Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan sukan/permainan, aktiviti berunifom dan persatuan/kelab.
n  Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko kurikulum.
n  menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti ko kurikulum di patuhi.
n  Membantu dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal ko kurikulum.
n  Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah.
n  Menyelaras hari-hari perayaan dan sambutan upacara sekolah.
n  Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam aktiviti ko kurikulum serta meningkatkan tahap pencapaiannya.
n  Mengurus alatan dan kemudahan untuk aktiviti ko kurikulum.
n  Memastikan rekod dan data ko kurikulum diselenggara dengan baik.
n  Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berkaitan dengan ko kurikulum.
n  Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti ko kurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.


4.1.21     Jawatankuasa Ko Kurikuluk Sekolah
·         Bertanggungjawab dam perlaksanaan dasar gerakerja kokurikulum sekolah.
·         Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulum .
·         Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan lancar, berterusan dan berkesan.
·         Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum .
·         Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum.
·         Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar.
·         Mengesahkan penilaian keatas penglibatan dan pencapaian pelajar dalam penyertaan sesuatu bidang gerakerja kokurikulum.
·         Mengawal pembekalan, penyimpanan dan penggunaan peralatan gerakerja kokurikulum.
·         Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
·         Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada penyelaras-penyelaras unit.
·         Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf kecemerlangan dalam kokurikulum.

4.1..3. Penyelaras Unit Berunifom.  

n  Merancang takwim aktiviti unit berunifom.
n  Menyelaras dan menyelia aktiviti unit berunifom.
n  Memaju dan menggalakkan aktiviti unit berunifom.
n  Memastikan setiap unit berunifom berdaftar dan pemimpinnya mempunyai  tauliah yang diiktiraf oleh badan induk.
n  Berhubung dengan badan luar untuk mendapatkan nasihat dan kepakaran.
n  Mempastikan rekod dan data unit berunifom diselelenggara dengan baik.
n  Menentukan sistem penilaian dibuat secara sistematik.
n  Menentukan penglibatan semua guru dan murid.

    
  4.1.4.  Penyelaras Persatuan/Kelab.

n  Merancang takwim aktiviti persatuan/kelab.
n  Menyelaras dan menyelia aktiviti persatuan/kelab.
n  Menentukan penglibatan semua guru dan murid.
n  Menggalak dan memajukan aktiviti persatuan/kelab.
n  Berhubung dengan pihak luar untuk mendapatkan nasihat dan kepakaran.
n  Memastikan rekod dan data persatuan diselenggara dengan baik.
n  menentukan sistem penilaian dibuat secara sistematik.

4.1.5.  Penyelaras Sukan/permainan.
    
n  Merancang takwim aktiviti sukan/permainan di sekolah.
n  Menyelaras dan menyelia aktiviti sukan/permainan.
n  Menentukan penglibatan semua guru dan murid.
n  Menentukan semua kemudahan sukan/permainan mencukupi dan menepati peraturan yang di tetapkan.
n  Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
n  Menggalak dan memajukan aktiviti sukan/permainan.
n  Menyelenggara dan mengemaskinikan buku stok sukan.
n  Mempastikan data dan rekod aktiviti sukan/permainan diselenggara dengan baik.
n  Mengurus dan melaksanakan kejohanan sukan /permainan sekolah.
n  Menyelaras penyertaan sekolah dalam MSS.
n  Menyediakan anggaran belanjawan untuk aktiviti dan peralatan.
n  Merekod pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sekolah.


4.1.6. Ketua Unit Berunifom/ Guru Persatuan.

n  Menyediakan rancangan tahunan aktiviti sepanjang tahun dan mingguan.
n  Menjalankan aktiviti unit berunifom/persatuan mengikut jadual yang telah di tetapkan.
n  Membentuk jawatankuasa dikalangan guru dan murid.
n  Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
n  Menentukan penglibatan semua murid.
n  Bertanggungjawab menyedia, melatih dan mengiringi murid yang menyertai pertandingan/aktiviti luar.
n  Mengguna dan menjaga segala kemudahan dan peralatan dengan sebaik-baiknya.
n  Mengambil langkah disiplin dan keselamatan sebelum, semasa dan sesudah aktiviti dijalankan.
n  Menentukan rekod dan data unit/persatuan diselenggara dengan baik.
i.e. fail,kad ko ko, kedatangan, surat menyurat, peraturan dan perlembagaan,
keahlian, dll.


4.1.7. Guru Permainan.

n  Merancang aktiviti dan latihansepanjang tahun dan mingguan.
n  Menjalankan aktiviti mengikut jadual yang di tetapkan.
n  Menentukan penglibatan semua murid dan guru.
n  Membantu menyediakan pasukan sekolah.
n  Membantu Setiausaha Sukan  mengadakan pertandingan di peringkat sekolah.
n  Memastikan peralatan yang digunakan mematuhi peraturan permainan.
n  Bertanggungjawab mengeluar, menjaga dan menyimpan peralatan yang digunakan.
n  Menentukan rekod dan data  serta keahlian di selenggara dengan baik. 






4.1.8. Jurulatih Sukan dan Permainan Elit.

n  Melatih dan memilih pasukan sekolah berdasarkan takwim MSS.
n  Mendapatkan khidmat jurulatih luar jika perlu.
n  Memastikan undang-undang dan peraturan pertandingan di patuhi.
n  Menghadiri mesyuarat pertandingan jika diarahkan.
n  Mengurus surat-surat kebenaran i.e. penjaga, sekolah agama.
n  Mengurus pengangkutan ke pertandingan.
n  Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
n  Menentukan peralatan dan kemudahan dalam keadaan baik serta mencukupi.
n  Memastikan alat yang digunakan dijaga dengan baik serta rekodkan pengeluaran dan penyimpanan alat.
n  Melapor dan merekodkan keputusan pertandingan serta peserta yang cemerlang.
n  Menilai prestasi dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.



4.1.8. Guru Rumah Sukan

4.1.8.1. Ketua Rumah.
n  Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap.
n  Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
n  Membentuk jawatankuasa rumah dikalangan murid yang meliputi olahraga dan permainan.
n  Menjalankan /mempengerusikan mesyuarat sukan dan permainan.
n  Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
n  Sentiasa berbincang dengan S/U dan PK KOKO.

4.1.8.2. Guru Rumah Sukan.
n  Mengurus latihan pada hari-hari yang ditetapkan.
n  Memastikan kehadiran semua murid dan guru melalui rekod kedatangan.
n  Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah.
n  Mengawasi keselamatan dan disiplin murid sewaktu latihan dan pemilihan.
n  Menyemai semangat kesukanan dikalangan murid.
n  Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.
  
4.2. Perincian Aktiviti

    4.2.1. Rumah Sukan

n  Rumah Biru ( TUAH )
n  Rumah Merah ( JEBAT )
n  Rumah Kuning (KASTURI )
n  Rumah Hijau ( LEKIR )







             4.2.2. Sukan / Permainan

n    Bola Sepak
n  Bola Jaring
n  Bola Tampar
n  Badminton
n  Sepak Takraw
n  Ping Pong
n  Bola Baling
n  Hoki
n  Balapan dan Padang
n  Merentas Desa
n  Lain-lain yang difikirkan perlu tertakluk kepada perubahan

4.2.3. Pasukan Berunifom

n  Pengakap
n  Persatuan Bulan Sabit Merah
n  Puteri Islam
n  Pandu Puteri Tunas
n  Tunas Kadet Remaja Sekolah


4.2.4. Persatuan/ Kelab

n  Persatuan Bahasa Melayu
n  Persatuan Bahasa Inggeris
n  Persatuan Sains& Matematik
n  Persatuan Agama Islam
n  Kelab Kesenian dan Kebudayaan
n  Kelab Keselamatan, Keceriaan dan Kebersihan
n  Kelab Pencegahan Jenayah
n  Bimbingan dan Kaunseling

( Tertakluk kepada keperluan semasa)


4.3. Penglibatan

4.3.1. Murid

n  Semua murid TahapI I dan murid Tahun 3 di mestikan menyertai aktiviti ko kurikulum.
n  Murid yang mempunyai masaalah kesihatan boleh di kecualikan jika mengemukakan surat akuan doktor.
n  Pembahagian dan penglibatan murid perlulah ada keseimbangan.







4.3.2. Guru

n  Agihan guru dibuat secara seimbang berdasarkan keperluan dan kemahiran jika boleh.
n  Guru/Pemimpin unit berunifom seboleh-bolehnya di kekalkan.
n  Kehadiran guru adalah wajib mengikut jadual. Guru yang tidak dapat hadir perlulah melaporkan ketidakhadirannya secara bersurat dan jika perlu cari pengganti.


4.4. Jadual Waktu/ Peruntukan Masa

4.4.1. Disusun dan disediakan oleh Jawatankuasa Ko kurikulum pada setiap hari Rabu bermula jam 4.15 ptg  dan berakhir jam 6.15 ptg. mengikut kesesuaian.
4.4.2. Dibahagikan kepada 2 Kumpulan, A dan B :
Kumpulan A bagi Unit Unifom dan Permainan
Kumpulan B bagi Kelab dan Persatuan dan Permainan
4.4.3. Aktivi yang telah dijadualkan tidak boleh dibatalkan kecuali dengan arahan /kebenaran pihak pentadbir.
4.4.4. Peruntukan masa ialah 120 minit.


4.5.   Kad Pelaporan Ko kurikulum

4.5.1. Setiap murid mesti mempunyai kad pelaporan ko kurikulum.
4.5.2. Kad ini perlu dibawa setiap kali menghadiri aktiviti ko kurikulum untuk di catat kehadiran.


5.     PELAPORAN

5.1. Tujuan Laporan

n  Merekodkan maklumat berkenaan penyertaan murid dalam aktiviti ko kurikulum.
n  Mengadakan laporan seragam untuk ibu bapa mengenai kegiatan murid.

5.2. Pengisian maklumat.

n  Maklumat di muka surat depan kad hendaklah di isi oleh guru.
n  Maklumat setiap aktiviti ko kurikulum hendak lah di isi oleh guru pengawas setiap kali perjumpaan atau setiap kali aktiviti di jalankan.
n  Kad yang telah siap diisi hendaklah diserahkan kepada guru kelas untuk tujuan merekodkan prestasi.

5.3. Cara Mengisi Maklumat.

n  Segala butiran yang diperlukan hendaklah dilengkapkan.
n  Butiran perlu diisi seperti berikut :-

       Nama Gerakerja       -   Nyatakan apa jenis gerakerja unifom/persatuan/sukan.
      
       Kehadiran             -   Nyatakan kehadiran daripada kehadiran penuh.
       
       Taraf Keahlian        -   Nyatakan status keahlian atau jawatan .
       
        Penghargaan             -   Pengiktirafan yang diberi seperti sijil penghargaan, surat        
                                             akuan, anugerah dan sebagainya.

        Ulasan                   -   Beri ulasan mengenai ciri/ sifat, pencapaian/sumbangan
                                             dan lain-lain yang berkaitan :-
                                              
                                              Ciri/sifat
                                             
n  mematuhi peraturan        -menghormati pemimpin
n  berdisiplin                       -bekerjasama
n  cekap                               -toleransi dan lain-lain

      Pencapaian

n  Mewakili Kelas, rumah sukan, sekolah, zon, daerah,negeri.
n  menyertai/mengambil bahagian dalam malam kebudayaan/kuiz dan sebagainya.

Sumbangan 

n  Membantu menjayakan sukan tahunan.
n  Menanam/ menyiram pokok bunga.
n  Membantu melatih pasukan sekolah.
n  Menjadi pengadil. Dll.


6.    BUKU LAPORAN DAN FAIL UNIT BERUNIFOM/PERSATUAN/PERMAINAN.
                                                              
6.1. Setiap unit mestilah mempunyai sebuah buku laporan dan fail.
6.2. Segala laporan aktiviti hendaklah dicatatkan. Buku ini perlu diserahkan kepada guru penyelaras unit/Guru Koko untuk ditandatangani.
6.3. Butiran yang diperlukan dalam buku laporani alah:-
n  senarai guru dan ahli jawatankuasa
n  senarai nama ahli dan analisa keahlian mengikut kelas dan jantina
n  takwim dan perancangan persatuan
n  laporan mingguan     :   Tarikh/hari dan masa
                                            Guru-guru yang bertugas
                                            Kehadiran ahli
                                            Aktiviti yang dijalankan
                                            Catatan
                                            Tandatangan guru bertugas
n  Pencapaian /penilaian  (Akhir tahun )



         SEKOLAH KEBANGSAAN KAJANG UTAMA,
        43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

                                                                                                                   
                                                                                                                                                  TEL/FAX: 03-87349678

Ruj Tuan         :           Bil (     ) dlm SKKU 800-2/
Ruj Kami         :           Bil (     ) dlm SKKU 800-2/
Tarikh              :           10 JANUARI 2014


PENGERUSI

……………………………………
Sekolah Kebangsan Kajang Utama,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

PENGESAHAN PENUBUHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM / KELAB DAN
PERSATUAN/ KELAB PERMAINAN SEKOLAH KEBANGSAAN KAJANG UTAMA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sehubungan dengan itu berdasarkan kuasa yang diberi kepada saya mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1988 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya mengesahkan penubuhan …………………………………………………………..
Pengesahan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh surat ini.
3.         Dengan pengesahan ini maka ...........................................................................
sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dalam bidang kokurikulum sekolah ini dengan diterajui oleh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan dan melaksanakan Aktiviti Utama yang dikemukakan kepada saya.

Sekian terima kasih,


`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


Saya yang menjalankan tugas,





……………………………………….
PN. HAJJAH ROSMAWATI BT ABD. HAMID
PENDAFTAR KELAB DAN PERSATUAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KAJANG UTAMA
43000 KAJANG SELANGOR.


                                                                                                             
                                                                                                                                                 
Ruj Tuan         :           Bil (     ) dlm SKKU 800-2
Ruj Kami         :           Bil (     ) dlm SKKU 800-2
Tarikh              :           02 JANUARI 2014

Penolong Pendaftar Skolah-Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM / KELAB DAN
PERSATUAN/ KELAB PERMAINAN SEKOLAH KEBANGSAAN KAJANG UTAMA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kami ingin membuat permohonan untuk menubuhkan

………………………………………………………… bagi menjayakan aktiviti kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kajang Utama bagi Tahun 2014.

3.         Bersama-sama ini disertakan:-
           
            3.1.      Draf Perlembagaan
            3.2.      Draf Aktiviti Utama (takwim 2014)
            3.3.      Senarai Jawatankuasa Penaja

4.         Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian terima kasih,

`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas,



……………………………………….
(                                                           )




s.k.       -           Fail Guru Besar
            -           Fail GPK Kokurikulum
            -           Fail Persatuan

                                                                                                             
                                                                                                                                                 
Ruj Tuan         :           Bil (     ) dlm SKKU 800-2
Ruj Kami         :           Bil (     ) dlm SKKU 800-2
Tarikh              :           02 JANUARI 2014

Penolong Pendaftar Skolah-Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM / KELAB DAN
PERSATUAN/ KELAB PERMAINAN SEKOLAH KEBANGSAAN KAJANG UTAMA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kami ingin membuat permohonan untuk menubuhkan

………………………………………………………… bagi menjayakan aktiviti kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kajang Utama bagi Tahun 2014.

3.         Bersama-sama ini disertakan:-
           
            3.1.      Draf Perlembagaan
            3.2.      Draf Aktiviti Utama (takwim 2014)
            3.3.      Senarai Jawatankuasa Penaja

4.         Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian terima kasih,

`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas,



……………………………………….
(                                                           )




s.k.       -           Fail Guru Besar
            -           Fail GPK Kokurikulum
            -           Fail Persatuan



CADANGAN SENARAI SEMAK UNTUK KANDUNGAN  FAIL UTAMA

BIL
KANDUNGAN ITEM



CATATAN
1
Surat Permohonan Penubuhan Kelab
 (AWAL PENUBUHAN)

2
Surat kelulusan penubuhan kelab

(AWAL PENUBUHAN)

3
Surat pelantikan penasihat / guru pemimpin

(AWAL PENUBUHAN)

4
Minit Mesyuarat Agung Penubuhan


5
Perlembagaan yang disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar

(AWAL PENUBUHAN)

6
Senarai Jawatankuasa yang disahkan.

(PENAJA DAN AJK TAHUN SEMASA)

7
Perancangan aktiviti asas yang disahkan

(SPT.DLM.DRAF PERLEMBAGAAN)

8
Jadual aktiviti tahunan yang disahkan untuk tahun semasa.


9
Senarai keahlian yang disahkan

(AWAL PENUBUHAN)
 (TAHUN SEMASA)

10
Surat permohonan mengutip kewangan keahlian

(KEPUTUSAN MESY. AGUNG PERTAMA DAN PINDAAN)

11
Kelulusan mengutip kewangan keahlian

(KEPUTUSAN MESY. AGUNG PERTAMA DAN PINDAAN)

12
Akaun kewangan dan perbelanjaan

(LAPORAN AKHIR TAHUN DARI BENDAHARI)

13
Surat permohonan menjadi ahli gabungan dari guru penasihat kepada Pengetua/ Guru Besar

(BADAN BERUNIFORM)

14
Surat kelulusan menjadi ahli gabungan dari Pengetua/ Guru B
esar  kepada guru penasihat

(BADAN BERUNIFORM)

15
Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan dari Pengetua/Guru Besar kepada badan induk.

(BADAN BERUNIFORM)

16
Surat Penerimaan menjadi ahli gabungan kepada pentadbir sekolah

(BADAN BERUNIFORM)

17
Minit Mesyuarat yang diadakan.

(SEMUA MINIT MESY. YANG DIADAKAN

18
Surat Pekeliling berkaitan Kokurikulum

(DISEDIAKAN OLEH PIHAK PENTADBIR)

19
Dokumen pencapaian kecemerlangan ahli

(LAPORAN SETIAP AKHIR TAHUN)

20
Laporan setiap aktiviti

(LAPORAN SELEPAS AKTIVITI DIJALANKAN)

21
Laporan Tahunan

(DIHANTAR PADA SETIAP AKHIR TAHUN)

22
Surat pelantikan dan penyerahan kembali kuasa kepada guru penasihat dari Pengetua / Guru Besar.

(SETIAP AWAL DAN AKHIR TAHUN)

23
Stok dan Inventori

(PENAMBAHAN DAN PELUPUSAN)

24
Sampel-sampel sijil / Surat Penghargaan

(SIJIL ATAU PENGHARGAAN YANG DITERIMA OLEH MURID)

25
Dokumen pencapaian cemerlang ahli

(REKOD MENGIKUT TAHUN SEMASA)

26
Senarai kehadiran Keahlian

(MENGIKUT TAHUN SEMASA)





























































CADANGAN SENARAI SEMAK KANDUNGAN FAIL UNTUK UNIT


BIL
KANDUNGAN FAIL

CATATAN
1
Minit Mesyuarat Agung tahun semasa.

2
Perlembagaan yang disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar(Seperti awal penubuhan atau dengan pindaan)

3
Senarai Jawatankuasa yang disahkan tahun semasa.

4
Perancangan aktiviti yang disahkan pada tahun semasa.

5
Jadual aktiviti tahunan yang disahkan pada tahun semasa.

6
Senarai keahlian yang disahkan pada tahun semasa.

7
Surat permohonan mengutip kewangan keahlian (Seperti dalam Mesy.Agung Pertama atau dengan pindaan)

8
Kelulusan mengutip kewangan keahlian. (Seperti dalam Mesy.Agung Pertama atau dengan pindaan)

9
Akaun kewangan dan perbelanjaan tahun semasa.

10
Minit Mesyuarat yang diadakan pada tahun semasa.

11
Laporan setiap aktiviti pada tahun semasa.

12
Laporan Tahunan (Disediakan pada akhir tahun berbenaan)

13
Senarai kehadiran Keahlian mengikut tahun semasa



Catatan:
            Segala dokumen awal penubuhan Kelab dan Persatuan atau Pasukan Badan Beruniform tidak boleh dihapuskan atau dialih dari fail asal. Ini merupakan dokumen yang perlu dijaga.





















 

 
 





























Tiada ulasan:

Catat Ulasan